Ayuh Warga negeri Kelantan marilah kita sama-sama memajukan negeri kita yang tercinta........... created by <Zainal Tajuddin KL9807-D2-0424> zainal_78@hotmail.com

Belanjawan tahun 2000 Negeri Kelantan.

 

 

Teras ekonomi Negeri Kelantan

   Kerajaan Negeri telah meletakkan sektor pertanian sebagai teras ekonomi Negeri.  Ini dapat dilihat melalui   anggaran peruntukan perbelanjaan Belanjawan Tahun 2000.  Sektor pertanian telah diperuntukan sebanyak RM43.79 juta iaitu sebanyak 17% daripada Rm256.39 juta.   Kerajaan terus berusaha untuk mewujudkan sektor pertanian yang moden dan komersial, kerana sektor pertanian akan terus menjadi teras ekonomi negeri.

 

wpe6.jpg (20940 bytes)

(sumber: Harakah Jumaat 29 oktober 1999)

 

Matlamat utama Belanjawan Tahun 2000 Ialah untuk mencergaskan aktiviti ekonomi dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat berpandukan matlamat-matlamat berikut:-

  1. 1. Meneruskan usaha-usaha yang boleh mendorong kepada pertumbuhan ekonomi dengan pertambahan perbelanjaan secara berhemat
  2. 2. Meneruskan agenda bagi meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat bagi mengurangkan kesan negatif akibat daripada kelambapan ekonomi terutama kepada golongan berpendatan rendah dan miskin.
  3. 3. Meneruskan dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemat bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dengan mengurangkan defisit.
  4. 4. Menerukan usaha untuk mewujudkan sektor pertanian yanng moden dan komersial yang mana sektor ini akan terus menjadi teras ekonomi negeri
  5. 5. Meneruskan Pelaksanaan program-program pembangunan bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu, produktif, berdikari dan berakhlak mulia selaras dengan dasar Kerajaan Negeri mnejadikan ISLAM sebagai Ad-din.
  6. 6. Mewujudkan pengurusan pentadbiran yang baik, beramanah, cekap, adil, telus dan berwibawa menangani krisis.

 

kembali

(homeclr.gif (8777 bytes)  jika terdapat sebarang komen sila hantarkan email kepada :    zainal_78@hotmail.com