SEJARAH AWAL NEGERI KELANTAN
Asal-usul Nama Kelantan
Beribu-ribu tahun dahulu Kelantan dikenali dengan nama "Medang Kamulan". Kemudian Tidak Lama Sebelum Abad Pertama Ia dikenali Dengan Nama "Medang Gana", Nama Ini Digunakan Sehingga Abad Ke-5, Sebelum Ia Berubah Kepada "Kalatana" @ Ho-lo-tan Meurut Catatan Pedagang China Yang Bermaksud Tanah Kala.
Bagaimanapun Nama Ini hanya Dipakai Sehingga Pertengahan Abad Ke-6 Masehi Sahaja. Nama Ini sekali lagi ditukar kepada "Raktamrittika" yang bermaksud "Tanah Merah". Megikut ahli sejarah Nama Raktamrittika Adalah Sama dengan Chih-Tu Seperti catatan Wei Cheng (581-643) Dalam Shi-Shu.
Pada Abad Ke-7 Masehi Nama Ini bertukar pula kepada "Sri Wijaya Mala". Selepas Inilah nama Kelantan Di Gunakan Seperti Catatan seorang penulis Cina, Chan Ju-Kuan. Yang menyebut Kelantan Sebagi "Chi-lan-tan".
Kerajaan Awal Negeri Kelantan.
Dalam Tahun 677 Masehi Maharaja Sri Jayanaga, Berjaya menakluk seluruh Semenanjung Tanah Melayu Dan mengisytiharkan Nama Kerajaan Kepada Nama "Sri Wijaya". Kerajaan ini meliputi Seluruh Tanah Melayu Sehingga Ke Malayu Di Sumatera, Di Palembang Baginda membangunkan sebuah kota di sekitar Palembang. Kelantan @ yang Dikenali Sebagai Sri Wijaya Mala Diserahkan Kepada anaknya iaitu Sri maharaja Drinapantara. Palembang pula @ Sri Wijaya II di serahkan kepada puteranya Sri Maharaja DiRaja. Empayar ini dikenali sebagai "Tanah Sri Indah Sekebun Bunga"
Bersambung.............(halaman ini didalam proses... Harap sabar)
Sumber Buku Teks Tatarakyat Karangan: Abdul Razak Mahmud