|
|
10 HUKUMAN
BAGI ORANG YANG BANYAK KETAWA
Mati hatinya..
Hilang air mukanya(malu dan kemuliannya).
Digemari syaitan akannya.
Dimurkai allah.
Disoal padanya pada hari kiamat.
Dipalingkan oleh nabi MUHAMMAD S.A.W. pada
hari Qiamat.
Dikutuk oleh para malaikat.
Dibenci semua penghuni langit & bumi.
Lupa pada segala-galanya.
Terbuka aibnya pada hari Qiamat.
CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK.
Pada suatu hari, ketika sepasang
suami isteri duduk makan di ruang tamu,
datanglah seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah walau sesuap nasi".
Dengan muka yang bengis, si suami
sambil menjeling isteri yang cantik dan terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata: " Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk
orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku".
si Isteritidak dapat berbuat
apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Tidak lama selepas itu perniagaan
suaminya jatuh muflis. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu melihat
isterinya turut derita diatas kemiskinannya. setahun selepas itu, isterinya
berkahwin dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri
dan suami barunya menghadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya
sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh
isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi
kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si
pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya dahulu yang pernah menengking seorang
pengemis.
Si suami yang baru itu menjawab
dengan tenang; " Demi ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking
dahulu!".
Cerita ini memberi pengajaran
ke[pada kita bahawa hidup ini umpama roda sentiasa berputar ada kalanya kita berada di
atas dan ada kalanya kita berada dibawah. Sabda RASULALLAH S.A.W. yang
bermaksud: " Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan".
main page
|
|
|