Tok Wan Ali Kutan
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah: Haji Wan Ali Bin Wan Ab. Rahman
Dilahirkan di: Kampung Kutan Tumpat Kelantan
Merupakan anak murid kepada Tok Pulai Chondong.
Beliau berkahwin dengan Wan Aishah, gadis yang berasal dari Pattani yang menetap di Makkah
Beliau talah kembali ke Rahmatullah kira-kira pada tahun1913 Masehi.
Jenazah beliau dikebumikan di Ma'la, Makkah.
Pendidikan.
Merupakan salah seorang anak murid kepada Tok pulai Chondong
Beliau pernah menuntut Di Makkah dan pernah menuntut dengan Sheikh Nik Dir Seorang Ulama' yang terkenal Di Makkah Pada masa itu yang berasal dari Pattani (selatan Thai) iaitu pada pertengahan abad ke 19 Masehi.
Sumbangan
Beliau telah banyak meninggalkan kitab-kitab karangan beliau untuk rujukan masyarakat islam pada masa itu antaranya ialah:-
Lum'at Al-Aurad
Al-Jauhar Al-Mauhub(antara dua buah kitabnya yang terkenal).
Zuhrat Al-Murid Fi Aqaid Al-Tauhid
Majmu' Al-Qasaid